Thursday 17 May 2012

Nama ahli kumpulan

RAYNEE AK ALBERT LUNJU (PPG/32456/12)

FATIMAH BINTI BRAHIM (PPG/32178/12)

JOYCE CHUA CHI WEI (PPG/32267/12)

ANGELA KHO PEI YEN (PPG/32079/12)

CHRISTINA CHAI (PPG/32129/12)


Monday 7 May 2012

Rancangan Pengajaran Harian

Rancangan Mengajar

Matapelajaran                      : Matematik

Kelas                                     : Tahun 2

Bidang                                  :Sukatan dan geometri
Tajuk                                     : Ruang
Masa                                      : 2 waktu (60 minit)

Standard Kandungan       : Murid dibimbing untuk :

                                    13.1 Mengenalpasti bentuk tiga dimensi (3-D)

Standard Pembelajaran   : Murid berupaya untuk :

(i)            Mengenalpasti bentuk tiga dimensi (3-D) berdasarkan huraian.


Fasa

Aktiviti

 Komunikasi

Persediaan



Memerhati



Menyoal

      1.Tunjukkan bentuk 3D.       

 Silinder

 Kuboid

 Kubus

 Kon

 Piramid


 Sfera


2.Guru memberi peluang kepada murid-murid untuk menyoal rakan.


1.Namakan bentuk yang murid bawa.
(Contoh: Kotak ubat gigi)

2.Murid menyatakan bentuk.

3.Berapa bucu bentuk kubus?
( Contoh jawapan: 8)

4.Berapa bilangan sisi bagi bentuk kuboid?

5.Berapakan jumlah permukaan rata bagi piramid?




Imaginasi







Meneroka








Sintesis Idea

      1.Perkukuhkan pengetahuan murid dengan menjalankan aktiviti berikut:

      a)Penyoalan tentang bentuk dan   bilangan bentangan.

      b)Buka kotak yang murid bawa dari rumah.

      c)Murid menyatakan bentuk bentangan yang ada.

      d)Murid membilang bentuk bentangan.
       
      e)    Arahkan murid melipat kepada bentuk asal.


1.Buka kotak yang kamu bawa.

2.Apakah bentuk bentangan yang kamu nampak?
Contoh jawapan:
Segiempat tepat, segiempat sama.

3.Berapa bilangan bentuk bentangan tersebut?

4.Bagaimana kamu menggunakan bentangan tersebut untuk membina bentuk 3D?

5.Lipat semula ke bentuk asal.

Perkembangan






Penambahbaikan

1.Guru memberi arahan untuk murid membina bentuk kuboid, kubus dan piramid, kon dan silinder.

2.Murid dibahagi kepada kumpulan.    Murid dibekalkan bahan binaan: Kad manila yang sudah dilakar, gunting dan selotape.

3.Setiap kumpulan menghasilkan 5 bentuk.

4.Setiap kumpulan menghasilkan satu model menggunakan binaan yang telah dibuat.


1.Sila bergerak ke dalam kumpulan.

2.Ketua kumpulan mengambil bahan.

3.Gunting kad manila mengikut lakaran. Lipat dan bina bentuk 3D.

4.Bina satu model menggunakan binaan yang telah dihasilkan.

Tindakan

Melapor

Membuat kesimpulan

Mentaksir

1.Murid mempersembahkan hasil tugasan.

2.Kombinasi semua bentuk-bentuk yang telah dihasilkan. Contohnya, model rumah/ bangunan/ robot.


1.Pamerkan hasil kerja kamu.

2.Nyatakan nama bentuk yang dibina.

3.Sebutkan ciri-cirinya.

Pentaksiran

Berdasarkan keupayaan murid menjawab soalan tentang ciri-ciri bentuk 3D dan keupayaan murid mengenalpasti  3D berdasarkan huraian dengan betul.


Nilai dan Sikap

Bekerjasama semasa melakukan aktiviti dalam kumpulan.

Sifat kepimpinan semasa pembentangan.

Menghargai rakan-rakan.


Refleksi